Thursday, February 25, 2010
Khutbah Maulid Nabi dan pembebasan Palestin
Dipetik dari laman web Dr Hafidzi Mohd Noor Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence)
*****************************
Jangan sampai umat Islam ghairah menyambut kedatangan Maulid dan menyambutnya dengan pelbagai acara tetapi menuruti jejak orang-orang Yahudi yang memusuhi dan menolak misi perjuangan Rasulullah SAW.
Kenyataannya pada hari ini berapa ramai dari kalangan umat yang membuat sambutan Maulud tetapi penentang perlaksanaan syariat Islam dalam semua lapangan kehidupan, terutama dalam aspek perundangan dan kehakiman.
Berapa ramai yang berselawat sempena sambutan Maulud tetapi memperlekeh dan mempersenda cara hidup Islam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW baik dari sudut pakaian, penampilan, pergaulan dan akhlak.
Berapa ramai yang menghargai kelahiran Nabi Muhammad SAW tetapi menentang para ulama dan pejuang-pejuang Islam yang berusaha untuk meneruskan misi dakwah Rasulullah SAW.
Semuga umat Islam membuat semakan dan mengaudit diri masing-masing agar kita tidak terjebak dengan fenomena orang yahudi yang kononnya menanti kelahiran Nabi akhir zaman tetapi kemudiannya menentang secara terbuka apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, maka kita dapati begitu banyak persamaan di antara apa yang dihadapi kini dengan apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW.
Kini rakyat Gaza merintih tetapi bantuan dihalang memasuki Gaza.
Gantikan masa berjam-berjam membaca akhbar yang isinya tidak lain tetapi sarat dengan fitnah, pembohongan, melondehkan maruah manusia, memaparkan imej-imej cabul dengan mula membaca al-Quran. Susun kembali perbelanjaan untuk keluarga dan mulalah menitip untuk mengisi tabung jihad.
Berilah keutamaan kepada perjuangan rakyat Palestin yang mewakili kita dan meringankan beban kita. Mereka telah korbankan segala-gala untuk pertahan tanah suci kita semua.
Teks khutbah sepenuhnya di http://lambaian-islah.blogspot.com/2010/02/cadangan-teks-khutbah-sempena-maulid.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment