Monday, November 8, 2010

FASHA SANDHA HADIRI MAJLIS SYAITAN ?

FASHA SANDHA HADIRI MAJLIS SYAITAN ?

Artis berparti Halloween

BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat.
BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang
terpapar pada Facebook kelab peminat.

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.

Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.

Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.

Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian.

Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya./Metro

Friday, November 5, 2010

Makan Malam AMAL PASTI N9 22 Nov 2010

Makan Malam AMAL PASTI N9 22 Nov 2010


MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan Hari Kecemerlangan PASTI N.Sembilan 2010
Tarikh : 22 Nov 2010 (ISNIN)
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Seremban

Kupon hanya RM40 seorang

Bersama Tetamu :
Cikgu Azrin , Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Zulkefly Omar , Penasihat PASTI N.Sembilan
YB Hj Taufej , ADUN Paroi
Us Khairil Anuar Wafa , Penaung PASTI N.Sembilan
Saadiah Abu Bakar , Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia

ATURCARA MENARIK
- Slot bersama tahanan Israel kapal Mavi Marmara iaitu Tn Hj Jamulidin Elias
- Forum Perdana Daei Cilik Pelajar PASTI
- Persembahan Nasyid Johan Mahrajan PASTI 2010

DAPATKAN KUPON SEGERA
Hubungi wakil berikut :
Pejabat/Pengarah 012-9184136
Seremban 017-2232503
Rembau 013-3692019
Rasah 013-2304321
Telok Kemang 019-2779145
Kuala Pilah 019-6177972
Jempol 013-3395538
Tampin 019-2179027
Jelebu 019-6311076

PERKHEMAHAN JABATAN AMAL MALAYSIA KALI - 1




Tarikh : 3, 4 & 5 Disember 2010
Tempat : Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil.

PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform Jabatan Amal Malaysia.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang anggota tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para anggota juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Teras Lima Amal. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Pada tahun 2010, dijangkakan sejumlah 800 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Kali 1. Program ini akan melibatkan sejumlah

  1. Urusetia Pusat 20 orang
  2. Urusetia negeri - 13 orang x 11 negeri = 143 orang.
  3. Pemimpin negeri - 13 orang x 11 negeri = 143 orang.
  4. Jurulatih – 4 orang setiap negeri x 11 = 44 orang.
  5. Pasukan negeri – 40 orang x 11 negeri = 440

bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, rekreasi,dan kerohanian dalam perkhemahan.

RASIONAL
- Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat ”ALAMALU LILLAH”, perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

- Melahirkan ahli Jabatan Amal yang berkualiti dan terlatih.

- Tema tahun 2010 ialah “ AL AMAL LUL LILLAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN ”.
OBJEKTIF

- Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam perjuangan Islam.

- Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.

- Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
- Untuk menggalakkan UKHUWAH ISLAMIYAH, AMAL JAMA’I dan memahami kebudayaan dan perjuangan Islam.

Memo Taubat Buat Rosmah

Memo Taubat Buat Rosmah

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaituharta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri .Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .

Friday, October 15, 2010

Thursday, October 14, 2010

Tahanan Israel di Jempol N.Sembilan 16 Okt 2010

Tahanan Israel di Jempol N.Sembilan 16 Okt 2010


PENGALAMAN TAHANAN ISRAEL
Bersama Tn Hj Jamaludin Elias sukarelawan ke Gaza kapal Mavi Marmara , Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net/
16 Okt 2010 , SABTU
Jam 9 malam
di Muassasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi 019-3941353

Saturday, July 24, 2010


Unit Amal Rembau Bantu Tegakkan Surau




AlhamduliLlah, baru-baru ini , Unit Amal Kawasan Rembau telah membantu untuk menyiapkan sebuah bangunan surau di salah satu taman di dalam DUN Paroi. Ini adalah satu usaha amal jariah yang akan berpanjangan pahalanya , Insya'Allah. Tahniah , Unit Amal Rembau , semoga usaha-usaha seperti ini dapat dipertingkatkan lagi dan dicontohi oleh Unit Amal Kawasan lain. Penduduk taman memberi kerjasama yang sangat baik dan telah menyediakan makan-minum sepanjang gotong-royong diadakan. Program turun padang seperti inilah diyakini merupakan method dakwah yang terbaik untuk kita semua praktikkan. Mambruk...Unit Amal.

Friday, June 4, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk

Oleh: forum15

"Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!



ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Tuesday, May 11, 2010


Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang semalam menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.PERSOALANNYA SIAPAKAH SISTER IN ISLAM (SIS) ?PENUBUH DAN PENGASASSister in Islam ditubuhkan pada tahun 1990. Apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan wanita islam tidak mendapat keadilan dari hukum islam.PENGASASNYA :Zainah Anwar.Beliau adalah diantara Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Diantara yang terlibat sama ialah Marina Mahathir (Anak Tun Dr Mahathir) dan Nori Abdullah (Anak Tun Abdullah Ahmad Badawi)PENDIDIKANNYA:Zainah dilaporkan tidak pernah mendapat pendidikan Islam secara formal. Beliau pernah menuntut di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA dalam bidang hubungan antarabangsa dan kewartawanan.PEMIKIRAN SISSIS berfahaman dengan fahaman secular dan liberalisma walaupun bertopengkan nama islam pada organisasinya.SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan “Enlightment” di Eropah beberapa kurun yang lalu.GERAK KERJA SIS:Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, memperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai tentang perlaksanaan hukum-hukum islam.ANTARA ISU KONTROVERSI YANG TELAH DI CETUS OLEH KUMPULAN INI:1. Menolak poligami yang dibenarkan oleh Islam dengan menjustifikasikan ianya mendatangkan pelbagai masalah kepada keluarga muslim2. Mengatakan Murtad bukan Jenayah dan menolak hukuman bunuh keatas Murtad sebagaimana ketetapan syariah.3. Mengatakan Undang-undang Islam di Malaysia mengamalkan diskriminasi dan gagal melindungi wanita4. Menolak hukum mewajibkan pemakaian tudung kepala kepada wanita Islam5. Mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa KebangsaanJusteru, ramai yang berpendapat kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan ini yang terus-terusan mentafsirkan Islam dengan logik akal, sehingga ada yang memberikan pandangan pendokongnya mesti di hukum dibawah Kanun Kesiksaan kerana menfitnah Islam secara jenayah (criminal defamation).Dato' Harussani Zakaria, Mufti Perak dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (Sister in islam) telah terkeluar dari islam kerana mempertahankan Islam Liberal yang mengatakan bahawa Al-Quran sudah ketinggalan zaman.Oleh itu, Sikap kita sebagai seorang mukmin ialah sama-samalah kita pertahankan islam yang menjadi agama kita dan menolak fahaman ini dari terus mengalir ke dalam keluarga, masyarakat dan negara kita.

Makam / Kubur Tok Bomoh Meletup



fajridil.blogspot.com - puluhan penduduk Desa Sanggrahan, Boyolangu, Kabupaten Tulungagung, Indonesia mengerumuni sebuah kubur yang meletup disitu.kubur / makam tersebut adalah tempat bersemadi seorang perempuan tua bernama Mbah Rosiah yang dikenali sebagai dukun kondang atau bomoh dikawasan tersebut.


belum diketahui penyebab meletupnya kubur tersebut yang terletak di tanah peribadi seluas 50x10 meter tersebut. Bu Rosiah dimakamkan disana setelah meninggal dunia akibat kolestrol tinggi pada 1 Mac 2009 ketika berumur 67 tahun.saksi kejadian, Ngadiron (42) menceritakan bahawa sebelum kubur tersebut meletup pada petang Selasa (09/05/2010), kelihatan kepulan asap putih di tengah-tengah kubur tersebut. dia juga menghidu bau harum semerbak seperti bau kayu cendana.namun Ngadiron tidak menghiraukannya kerana menganggap asap yang keluar dari kubur tersebut adalah embun biasa.tambahnya lagi, keesokan paginya lebih kurang pada jam 7.30 pagi, dia melalui lagi ke kubur tersebut dan melihat kepulan asap masih tidak berhenti namun masih tidak diendahkannya.lebih kurang sejam kemudian, Ngadiron terdengar bunyi letupan kuat yang bergegar seperti bunyi bom. setelah diperiksa, letupan tersebut terjadi di kubur dukun Mbah Rosiah tersebut.akibat letupan tersebut, kubur menjadi rosak. binaan atas kubur berteraburan dan pasir yang berada didalam kubur juga meletup keluar. tidak lama selepas itu ramai warga kampung mula mengerumuni kubur tersebut dan berasa terkejut dan mengesyaki letupan tersebut sebagai sesuatu yang aneh dan pelik.Bukan hanya warga setempat yang heboh akibat meletupnya kubur Mbah Rosiah, namun sang suami, Panudi, (58) juga terkejut melihat kubur isterinya tersebut.Panudi mengatakan bahawa ramai warga kampung yang melihat keadaan kubur isterinya, Mbah Rosiah tersebut adalah kerana rasa terkejut yang sangat besar. ini kerasa semasa hayatnya, Mbah Rosiah terkenal sebagai dukun atau bomoh yang selalu mengubati orang yang menghidap penyakit yang pelik-pelik.kalau ada apa-apa di desa ini, penduduk setempat selalu meminta petunjuk daripada Mbah Rosiah, katanya lagi.namun menurut kata pihak polis, penyebab letupan tersebut masih belum dapat dipastikan. namun mereka mengesyaki letupan tersebut adalah disebabkan wap panas yang berada didalam tanah. kerana tidak mampu menahan wap tersebut, akhirnya kubur tersebut meletup.


Monday, May 3, 2010

Fokus Tarbiyah, Usah Leka Ramai Ahli


Sejarah harakah Islam (Ikhwan Al-Muslimin) tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok.

Kita katakanan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5.

Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad.

Hassan al-Banna telah berkata:

“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.


- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.

- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.

- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.

- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.

Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.

Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)

Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka:

“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)

Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’.

Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.

Rujuk : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159

PM cuba melaga-lagakan Tok Guru Nik Aziz dengan Sultan Selangor

Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden Umno menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakan saya dengan pihak Istana Selangor.

Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”


Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan.

Kemudian, pandangan Datuk Seri Mohd Najib dirasai paling tidak bermoral lagi apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua atas tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”

Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.

Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page).

Sesungguhnya pandangan tersebut adalah suatu tuduhan yang kononnya dikaitkan dengan perlanggaran titah Sultan mengenai larangan penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik. Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor.

Pada saya, apabila saya hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang saya amalkan ialah saya tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan. Maka, prinsip yang sama saya pegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.

Saya yakin di atas kebenaran, maka kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Sekian, wassalam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Musyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Pendidikan, Motivasi & Kerjaya | 4 Golongan Lelaki Yg Akan Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita...




Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat.


Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan ti ndak tanduk isterinya. Bergaul ! be! bas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,
saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya ! menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga
akan ditarik menjadi penemannya.)

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."



“RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL”

Nasihat buat saya dan teman semua

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" dan digalakkan doa 12 pintu.


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" sebanyak 3X.


5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.


6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.


7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.


8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).


9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.


10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan.
11) Berkata-kata/ menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;· Sebelum tidur· Semasa tidur· Selepas tidur· Selepas riadah· Selepas solat· Selepas mandi air suam


12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti " Nak, solat jangan ditinggalkan " dan bukannya " Nak, jadilah anak yang cemerlang " (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.


14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).


15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.


16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.


17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.


18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.


20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang!!!
21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.


22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.


23) Amalkan basmallah lima banyak khasiatnya.


24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.


25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.


26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.


27) Menyebutkan Hadis Qudsi " Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya". Jadi kena sentiasa positif.


28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.


29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.


30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. "Doa itu senjata bagi orang mukmin".

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.


33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Wednesday, March 24, 2010

PACE DUKACITA COCA COLA LABUR MALAYSIA






PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia.

Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (TABUNG HAJI) Properties di Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid.

Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Tuesday, March 16, 2010

MAZLAN ALIMAN...ditahan lokap 2 hari kerana perjuangkan HAK PENEROKA FELDA








FELDA Lembah Klau di Raub, Pahang menjadi saksi perjuangan seorang anak muda 40an , Sdra Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat. Beliau telah menubuhkan sebuah NGO , Persatuan Generasi Kedua Peneroka FELDA (ANAK) . ANAK telah berusaha turun ke hampir seluruh kawasan FELDA di seluruh negara untuk menerangkan kepada peneroka tentang hak mereka dan penyelewengan yang berlaku. Antara kejayaan ANAK adalah bersama dengan peneroka FELDA Kemahang Kelantan dan berjaya dalam tuntutan RM11 juta mereka dalam Mahkamah terhadap penyelewengan nilai perahan Kelapa Sawit yang dilakukan oleh pengurusan FELDA Kemahang. Tahniah ANAK. Hari ini , Khamis rombongan Pakatan Rakyat NS diketuai Pesuruhjaya PAS N.Sembilan , Ybhg Sdra Zulkeply Mohamad Hj Omar yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Peneroka dan Tanah PAS Pusat. Turut hadir adalah ADUN Port Dickson YB Ravi , saya sendiri, ayahanda Hj Kateran , TPJ NS , Sdra Rahman , YDP Jempol dan pimpinan PAS Jempol. Saya terharu mendengar kata-kata Sdra Mazlan bila ditanya selepas ini tak berehat dulu ke , jawab Mazlan "Jadual kerja yang padat telah menunggu saya..biarlah 2 hari ditahan dalam lokap menjadi waktu rehat saya" . Saya rasa pernah membaca ucapan seperti ini oleh tokoh-tokoh gerakan Islam yang pernah dipenjara kerana perjuangan ISLAM. Mabrur...

Friday, February 26, 2010

Unit Amal Paroi baiki rumah ibu tunggal

Tayangan Percuma Filem “Ketika Cinta Bertasbih 2″

oleh ummuabbas dalam Islamika.

Anda peminat filem? Jom ke Balai Islam pada 28 Februari 2010 untuk menonton tayangan percuma filem, “Ketika Cinta Bertasbih 2″ . Maklumat lanjut dalam poster.

Dewan Balai Islam mampu memuatkan 2000 penonton. Jadi siapa cepat dia dapat tempat duduk!







KOTA BHARU, 24 Feb: Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang menayangkan filem-filem secara percuma yang memberi mesej pengajaran dan dakwah kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, perkara itu masih dalam kajian kerajaan sebelum ia dilaksanakan.

“Kita menjangka dapat menayangkan setiap dua hingga tiga bulan sekali filem-filem yang membawa mesej baik untuk rakyat.

“Apa yang penting filem yang ditayang itu tidak bercanggah dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menayangkan filem dari Iran yang diarahkan Majid Majidi bertajuk Children Of Heaven.

Filem tersebut memenangi festival filem peringkat dunia yang memaparkan kisah menarik untuk tontotan masyarakat.

Pada 14 Februari lalu, filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasikan daripada novel Ustaz Habiburahman El-Shirazy juga dipertontonkan kepada orang ramai.

“Kami mendapat maklmum balas daripada orang ramai selepas tayangan pertama yang begitu positif sekali. Ini menyebabkan tayangan kedua diadakan,” ujar Ahmad Baihaki.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat persetujuan dan kebenaran dari pengarah bersama filem itu, Habiburahman untuk menanyangkan filem terbabit.

Tayangan itu akan diadakan di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam pada 28 Februari ini.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25150:kelantan-kaji-tayang-filem-percuma&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

Bersatu untuk tentang akhbar promosi JUDI



Mungkin kah?

Saya harap adalah juga NGO yang akan tampil kedepan dengan segala tenaga dan kekuatan untuk menjuarai isu yang saya sebutkan ini. Bukan apa, dalam hal kalimat “ALlah” baru-baru ini, beberapa NGO menyatakan bahawa kerisauan nantinya ialah takut-takut kalimat “ALlah” ini akan digunakan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pengetahuannya dan memesongkan sesetengah umat Islam.

Walaupun begitu, ada sebahagian pula berpendapat penggunaan kalimat “ALlah” untuk penganut agama Samawi (Kristian & Yahudi) dibenarkan tetapi tidak boleh digunakan untuk agama @ kepercayaan selain daripada itu. Kita tinggalkan isu ini dulu untuk cerdik pandai yang ada didalam negeri yang satu ini.

Apapun, yang saya tahu semua pihak bersetuju bahawa JUDI adalah diharamkan dalam Islam, justeru marilah kita mulakan pula perang keatas JUDI secara berperingkat. Peringkat pertama nie biarlah kita tumpukan kepada benda yang boleh kita kawal. Kita boleh kawal akhbar sebenarnya… sepertimana kita haramkan iklan arak dalam akhbar berbahasa Melayu, serupa itulah kita boleh laksanakan pada hal ehwal JUDI. Kita paksa (force) syarikat akhbar untuk haramkan juga iklan JUDI (keputusan ekor, ramalan nombor dan sebagainya). Mufti, Pengarah Jabatan Agama, Menteri-menteri, Ahli-ahli Politik, pembela-pembela nasib Wanita, persatuan agama, persatuan politik, individu dan sebagainya.

Kita boleh gembleng semua NGO yang turut berjuang untuk kalimat “ALlah” baru-baru nie, tak perlulah saya namakan NGO-NGO nie semuannya untuk perkara ini.

Kesan buruknya pemaparan elemen JUDI dalam akhbar berbahasa Melayu adalah ianya menjadi penggalak ataupun pemangkin kepada peningkatan gejala JUDI dikalangan anak-anak muda dan remaja berbangsa Melayu. Soal bangsa lain juga terlibat dalam JUDI adalah isu lain, kita tumpukan dulu pada anak Melayu yang pastinya Islam.

Saya tinggalkan anda semua disini untuk memberikan komen dan cadangan, saya fikir dalam peringkat ini, saya boleh mencari jalan untuk menggerakkan kempen menentang akhbar JUDI ini diseluruh negara dengan cara yang tersendiri tetapi jauh disudut hati, saya mengharapkan ada NGO atau persatuan atau gerakan umat Islam yang prihatin dapat tampil dan menjadi JUARA dalam isu ini… ini bukan ISU saya dan bukan juga isu ANDA, tetapi ianya adalah isu KITA semua… mungkin boleh fikirkan kot pandangan insan kerdil-saya ni.

Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.

(Surah Al-Baqarah: 219)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al-Ma’idah: 90)

Dan firmanNya yang lain:

Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.

(Surah Al-Ma’idah: 91)

Thursday, February 25, 2010

Khutbah Maulid Nabi dan pembebasan Palestin


Dipetik dari laman web Dr Hafidzi Mohd Noor Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence)

*****************************
Jangan sampai umat Islam ghairah menyambut kedatangan Maulid dan menyambutnya dengan pelbagai acara tetapi menuruti jejak orang-orang Yahudi yang memusuhi dan menolak misi perjuangan Rasulullah SAW.

Kenyataannya pada hari ini berapa ramai dari kalangan umat yang membuat sambutan Maulud tetapi penentang perlaksanaan syariat Islam dalam semua lapangan kehidupan, terutama dalam aspek perundangan dan kehakiman.

Berapa ramai yang berselawat sempena sambutan Maulud tetapi memperlekeh dan mempersenda cara hidup Islam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW baik dari sudut pakaian, penampilan, pergaulan dan akhlak.

Berapa ramai yang menghargai kelahiran Nabi Muhammad SAW tetapi menentang para ulama dan pejuang-pejuang Islam yang berusaha untuk meneruskan misi dakwah Rasulullah SAW.

Semuga umat Islam membuat semakan dan mengaudit diri masing-masing agar kita tidak terjebak dengan fenomena orang yahudi yang kononnya menanti kelahiran Nabi akhir zaman tetapi kemudiannya menentang secara terbuka apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, maka kita dapati begitu banyak persamaan di antara apa yang dihadapi kini dengan apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW.

Kini rakyat Gaza merintih tetapi bantuan dihalang memasuki Gaza.

Gantikan masa berjam-berjam membaca akhbar yang isinya tidak lain tetapi sarat dengan fitnah, pembohongan, melondehkan maruah manusia, memaparkan imej-imej cabul dengan mula membaca al-Quran. Susun kembali perbelanjaan untuk keluarga dan mulalah menitip untuk mengisi tabung jihad.

Berilah keutamaan kepada perjuangan rakyat Palestin yang mewakili kita dan meringankan beban kita. Mereka telah korbankan segala-gala untuk pertahan tanah suci kita semua.

Teks khutbah sepenuhnya di http://lambaian-islah.blogspot.com/2010/02/cadangan-teks-khutbah-sempena-maulid.html

Minyak naik 1 Mei, umum Mac 2010

dari laman web paultan.org :

- Mekanisma subsidi petrol akan diumum pada Mac 2010.
- Beli petrol pada harga subsidi dengan menggunakan Mykad. Pemilik kenderaan berdaftar hanya dapat subsidi untuk satu kenderaan sahaja.
- Sistem ini diuruskan oleh Maybank
- Ujian mekanisma ini akan dijalankan pada hujung Mac atau April
- Hanya dapat subsidi 200 ke 300 liter sebulan bergantung pada kapasiti enjin
- Enjin 2000 cc ke atas tiada subsidi
- Kereta syarikat tiada subsidi
- Bila subsidi habis digunakan untuk sebulan, pemilik kenderaan beli petrol pada harga tanpa subsidi iaiti RM 2.10 seliter untuk RON95.
- Harga RON95 bersubsidi mungkin akan naik pada RM 1.90 seliter.
- Harga RON97 tanpa subsidi mungkin naik pada RM 2.50 seliter.

Sumber : http://paultan.org/2010/02/22/details-on-may-1st-new-fuel-subsidy-system-to-be-revealed-in-march-2010/

APA YANG PENGGUNA HARUS LAKUKAN
Cadangan :
- Jika ada lebih dari satu kenderaan, tukar milik kenderaan pada nama isteri, anak-anak dan lain-lain, supaya setiap kenderaan dapat subsidi.
- Sesiapa yang beli kereta belum tukar nama urusakan tukar nama segera untuk dapatkan subsidi.
- Kalau ingin tukar kereta , guna kereta cc rendah atau guna motosikal.
- Desak majikan atau kerajaan menaikkan tuntutan elaun petrol untuk tugas rasmi, kerana subsidi petrol sebulan 200 ke 300 liter hanya untuk kegunaan peribadi.
- Pastikan cip Mykad berfungsi.
- Beri kesedaran kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat taulan mengenai mekanisma baru ini agar mereka membuat persediaan awal untuk menghadapi kenaikan harga petrol dan mekanisma baru penjualan petrol.

Tuesday, February 23, 2010

Komen Habiburrahman el-Shirazy Mengenai Kelantan




Siang itu,14hb. Februari, 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput. Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu.Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas. Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih, yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang. Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu. Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00, dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani, sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui. Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya. Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers. Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia. Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu. Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir. Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak. Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu. Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dang anti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat. Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia.Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri Besar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah Menteri Besar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga. Tak ada protokoler. Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri BEsar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya,jika bukan untuk urusan Negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan Negara, dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini,pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur - yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, ”Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.”

Selama tiga hari juga,saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab,mungkin iya. Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab, mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan. Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara. Menurut dia kedua-duanya salah. Dia berkata, ”Mereka bertemu secara tidak baik-baik, dan berpisah juga dengan tidak baik-baik.

Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik, tetapi disangkut-pautkan dengan negara.’ Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, ”Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara. Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

Habiburrahman El Shirazy
Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih