Friday, February 26, 2010

Tayangan Percuma Filem “Ketika Cinta Bertasbih 2″

oleh ummuabbas dalam Islamika.

Anda peminat filem? Jom ke Balai Islam pada 28 Februari 2010 untuk menonton tayangan percuma filem, “Ketika Cinta Bertasbih 2″ . Maklumat lanjut dalam poster.

Dewan Balai Islam mampu memuatkan 2000 penonton. Jadi siapa cepat dia dapat tempat duduk!







KOTA BHARU, 24 Feb: Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang menayangkan filem-filem secara percuma yang memberi mesej pengajaran dan dakwah kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, perkara itu masih dalam kajian kerajaan sebelum ia dilaksanakan.

“Kita menjangka dapat menayangkan setiap dua hingga tiga bulan sekali filem-filem yang membawa mesej baik untuk rakyat.

“Apa yang penting filem yang ditayang itu tidak bercanggah dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menayangkan filem dari Iran yang diarahkan Majid Majidi bertajuk Children Of Heaven.

Filem tersebut memenangi festival filem peringkat dunia yang memaparkan kisah menarik untuk tontotan masyarakat.

Pada 14 Februari lalu, filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasikan daripada novel Ustaz Habiburahman El-Shirazy juga dipertontonkan kepada orang ramai.

“Kami mendapat maklmum balas daripada orang ramai selepas tayangan pertama yang begitu positif sekali. Ini menyebabkan tayangan kedua diadakan,” ujar Ahmad Baihaki.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat persetujuan dan kebenaran dari pengarah bersama filem itu, Habiburahman untuk menanyangkan filem terbabit.

Tayangan itu akan diadakan di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam pada 28 Februari ini.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25150:kelantan-kaji-tayang-filem-percuma&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

No comments:

Post a Comment